navbar

Image Map

Sunday 5 October 2014

RENDANG AYAM Aidil Adha by Sue



Salam AidilAdha to all. You all balik kampung tak? This year, kami sekeluarga beraya dirumah je dengan adik adik ipar. Bila dah beraya dirumah sendiri, kena lah sendiri masak kan? So paling ringkas & senang (bagi i laa) hehehe is Pulut Kuning dikahwinkan dengan Rendang Ayam Sue.

Ok, I share the recipe here:

RENDANG AYAM :

Bawang besar 2 biji ( as per pic below. kalau kecik saiznya, 4-5biji)
Bawang putih 5 ulas
Halia
Kunyit Hidup
Lengkuas
Serai 6 Batang (hiris ye)
Cili Padi 20 biji
( kisar kesemua diatas sampai halus) 

Cili Kering kisar (separuh mangkuk taufufa)
Santan pekat (i pakai santan kotak yang kecil-3 kotak)
Kerisik ( 1/2 bekas taufufa)
Ayam 2kg 
Daun kunyit (mayang halus halus)
3-4 helai daun limau purut 
Garam & Gula secukup rasa
Bahan -bahan ready untuk dikisar
Ni bawang besar i, so i pakai 2 biji je. Kalau saiz kecil, guna 4-5 biji
Saiz lengkuas & halia, lebih kurang laa ye (pic KakZana)
Susun cantik cantik sebelum nak kisar

              
Cara-caranya:


Masukkan semua bahan yang dikisar kedalam kuali bersama sama ayam. Masukkan juga santan. Api perlahan ye dan kacau sampai kering and pekat. Kemudian masukkan kerisik dan daun limau purut tu.Kacau lagi sampai kering yang ikut selera masing-masing. Macam we all suka rendang yang basah, tidak lah kering sangat. sebab nanti nak panaskan lagi, so akan kering lagi kan. Ocay, dah nak masak tu gaulkan dengan daun kunyit yang di mayang tadi. Owh, terlupa pulak tadi, campakkan asam keping satu ye.


Ocay, inilah rendang Sue secukup rasa. Tiada sukatan sangat main agak-agak and campak je dalam kuali. By the way, resepi ni Kak Zana (my SCFM's friend) yang ajar. Thanks kak. Memang sedap tau.



Rendang Ayam Sue siappppppp .
              
Ocay, rendang dah siap untuk hidangan sekeluarga. nanti saya share resepi  pulut kuning, alaaaaah senang je kan. Tapi i nak share jugak with u alllllll. Sharing is caring what..

Awal pagi, we all solat sunat hari raya dimasjid. I memang angkut semuanya, and Alhamdulillah, kids behave like well. Tips kalau bawa kids untuk solat dimasjid : Pilih saf belakang, and letak kids di tepi, bawa sekali buku or something yang boleh buatkan kids leka untuk seketika. So tidak mengganggu muslimat yang lain kan. My kids tu main berdua senyap je tau. Alhamdulillah, ocay je. Ade sesetengah tu tak berani nak bawak kids pergi masjid, takut buat bising dan sebagainya. Bagi i, ia boleh dimulakan seawal yang mungkin, keep telling them do & donts. Remind them always. Kalau kakak duduk diam, sure adik yang kecik pun ikut sama.



Parking jauh, nasib baik ade buggy car.


Myra & Mateen

 Salam AidilAdha dari kami sekeluarga. XOXO.
x










Friday 3 October 2014

MAKANAN SEGERA untuk family

Sebagai seorang ibu berkerjaya, mempunyai dua anak yang boleh tahan lasaknya, tiada pembantu rumah menjadikan saya seorang SUPERMOM. Rutin harian, sekiranya tidak terlibat dengan penerbangan, (kalau fly, lain ceritanya pulak ye) finished work at 5pm, then akan ambil yang baby dulu di rumah babysitter dan seterusnya, kakak nya pulak di sekolah. Playschool je pun. heheheh. Balik rumah bersama sama, maka alisahnya bermulalah WAKTU KRITIKAL saya setiap hari.

'WAKTU KRITIKAL' di antara 6pm sehinggalah menanti kepulangan papanya, biasanya sampai after 7 dan keatas. Waktu inilah i nak melayan karenah kedua duanya, nak sediakan makanan untuk dinner, nak mandikan kedua duanya, even kadang kadang nak buka baju uniform kerja pun tak sempat. so I sediakan tempat "playstation' for both of them. Sambil i nak buat kerjarumah, they all main laa kat situ.
 Playstation cum study port for them

Mula mula berhadapan dengan situasi ini, MashaAllah, tertekan yang amat. Tak sempat nak buat ape ape tau. Mata ni melangut duk tengok and perhatikan diorang dekat diorang punye playstation tu. Kalau ditinggal kan kedua duanya, sure melalak cari mak. Bila mak masuk dapur, memang tunggang terbaliklaa dapur tu jadinya. Eh tak boleh jadi macam ni, Lama kelamaan i dapat satu idea. Apa kata biar je diorang enjoy join masak memasak kat dapur tu. Sepah laa sket tapi boleh kemas kan. Atleast i boleh masak dengan tenangnya.

Exploring

Tengoklaa Myra, sampai atas dining table pun jadi tempat main




Ocay, dah bosan dekat playstation, so diorang pun jenguk laa mama dia dekat wet kitchen. Mama have no say. Its ocay sayang, mainlaa sepuas-puasnya asalkan mama boleh masak dan kita satu family dinner dengan kenyang.



 

Memandangkan, i kena cepat dan pantas prepare dinner so i masak MAKAN SEGERA jelaaa. HAH!!!!! MAKAN SEGERA? Elok ke untuk family? Hehehehe bukan makan segere mee maggie tu tau, maksud i kat sini,  i makan masak yg simple simple je laa and segera la namanya kan. Contohnya Telur mata lembu, pastu tuang kicap, hiris bawang segar. Yang dalam piring tu, daging masak pekasam, itu pun segera dan senang di masak, hiris daging pekasam, goreng and masukkan bawang, lada and perah asam limau. HAAAAAA segera tak? Segera kan, 10 mins je i prepare. Itula maksud i makan segera and cukuplaa untuk menyenyangkan saya satu family. And penutup is sambal belacan yg memang dah sedia ada, dan petik pucuk ulam raja fresh belakang umah sebagai sayur dan ulaman. Tadaaaaaaaa...segera kan. And for kids, senang jugak, just tumis sup kosong with fishball + potato. Sure they will like it.
Yummmm menyelerakan sangat sangat daging pekasam ni tau. padankan dengan nasi panas pun jadi tau.
 Haaa Daging pekasam tu kalau u all nak, boleh order dengan tokey dia tau. Ni link dia https://www.facebook.com/xandrianananazlan?fref=nf . Ocay, thats all about our makanan segera. Kita  mommies yang bekerjaya , bekerja ni kenalah pandai untuk curik curik masa macam ni kan, kerja kerja jugak but still have to do the housechores. Bye. See u next.